Isnin, 15 Ogos 2011

Pasangan Lovebirds Baru

Lama betul x update blog ni so dipendekan cerita nah tambah lagi koleksi baru love birds ku kali ni jenis black cheeked… dikatakan jenis LB ni memerlukan lesen khas dari jabatan perhilitan utk menyimpannya. Ini pun saya rujuk dari rakan2 bloger kita di semananjung… punya lah susah mahu ambil gambar pasangan muda ni… bukan x mahu kasi jinak x masa bah….lagi pun saya Cuma mahu breed sepsis burung ni yg semakin hari semakin mahal harganya di pasaran sekarang. mana lah tahu kan ada rezeki nanti hehehe amin….
Selain dari cerita tambahan pasangan burung LB baru aku kali ni ada juga kabar2 angin yg saya dengar dari rakan2 yg mula berminat mahu memlihara budgie.... tapi dikatakan bekalan atau stok budgie d kk ni terhad kamu rang jalan2 lah di pets shop pasti hampa.Harga terkini yg saya dengar dari rakan2 kita yg berjalan di tamu gaya street pada pagi ahad baru2 ni bukan main kecewa.bukan juga harga yg terlalu mahal bah kan stok betul2 terhad....so d pendekan cerita kalau ada rezeki cuba lah kamu plihara betul2 lain kali kita jual sama hehehe........

Sabtu, 13 Ogos 2011

New Budgie Aviary

Selamat berpuasa pada pengunjung2 blog Sabahbudgie. sebelum bulan puasa hari tu saya telah menyiapkan kandang burung budgie saya.maklumlah mahu kasi upgrade sikit2 ja bah.... burung pun mahu juga terbang2 sikit kan so dipendekan cerita saya sertakan link video untuk rakan2 yg mahu upgrade kandang diorang boleh lah buat2 rujukan....

Kandang Burung (Aviary)

  

 
Salam 1 Malaysia dan salam Ramadan semua pada pengunjung blog sabahbudgie… Maaf kerana sudah lama x update blog ni, maklum lah sibuk dgn urusan kerja dan pindah rumah lagi hehehe sewa ja bah….so kali ni saya mahu kongsi tentang pembuatan kandang atau Aviary. So pilihan kandang kali ini saya gunakan besi yg jenis berlubang atau L bar yg warna biru tu bah x tahu apa namanya sudah lupa… harga untuk 1 batang bersaiz 1 ½ inci kali 2 ½ inci ialah Rm 17 sebatang berukuran 10 kaki…. Senang sikit mahu buat berbanding dgn kayu ( mahu ketuk2 lagi ni) Cuma gunakan bolt dan nut saja… oh ya saiz kandang saya buat iaitu tinggi 6 kaki, Lebar 3 kaki dan panjang 7 kaki…..hahahaha biar luas sikit kali ni senang mahu terbang2 dan boleh simpan banyak2 budgie hehehe…..Kandang ni boleh memuatkan 30 hingga 40 pasang kalau mahu tamaha lagi kau fikir sendiri lah hahaha…. Tapi saya x lah begitu tamaha sekadar 20 pasang budgie cukup lah biar luas sikit dan x berebut2….dan sarang yg saya gunakan untuk bertelur pada budgie saya ialah daripada sabut kelapa kerana ianya lebih murah berbanding nest box (mengunakan kayu playwood).so sarang yg ada didalam sangkar saya sebanyak 20biji (sikit ja). Di sini saya sertakan gambar untuk rujukan pengunjung blog sabah budgie……..