Isnin, 26 September 2011

Tempat bertelur....


Kali ni kita cerita pasal Nest Box atau tempat bertelur. Terdapat berbagai2 jenis tempat bertelur digunakan oleh perternak burung... so disini saya ingin berkongsi cerita nest box yg saya gunakan untuk burung2 saya.... Ada 2 jenis sekarang saya gunakan iaitu mengunakan sabut kelapa dan juga Nest Box yg diperbuat dari kepingan playwood...kelapa biasalah gunakan dari jenis kelapa yg tua dan bersaiz besar kalau boleh,supaya ruang bertelur lebih luas sedikit... tempoh pengunaan sabut kelapa bergantung dgn jenis burung. Biasanya lebih kurang 3-4 tahun tempoh hayat kelapa tersebut...Habis kena gigit2 hehehe...
Kelapa yg dibelah dan tempurungnya di buang....

Kelapa yg disambung semula mengunakan dawai....
Nest Box diperbuat dari kepingan playwood atau papan. saiz bergantung dgn jenis burung. Tempoh pengunaan adalah lebih lama berbanding dari sabut kelapa. Saiz pun berbeza dan lebih luas....
Gambar contoh 2.1

Gambar contoh 2.2
Buat masa ini saya mengunakan kedua2 jenis sarang seperti diatas,Jadi terpulang lah pada anda untuk memilih yg mana satu yg sesuai untuk burung2 anda. Selamat mencuba.......

Nest Box Bersaiz 6"x8"x8"

Jalan-jalan kedai burung (Petagas Pet Shop)

Salam 1 Malaysia semua pada pengunjung blog sabahbudgie, Kali ni saya mahu bagi info sikit pada rakan2 kita yg diluar kota kinabalu...terdapat 2 kedai yg menjual burung disekitar bandar kota kinabalu. Kedai burung & ikan Lim yg terletak betul2 dibandar kota kinabalu (Area segama) tingkat 1 betul2 berdepan dgn jalan raya besar. dan yg 1 ni lagi di area kedai pekan petagas taman jumbo berdekatan dgn terminal Lapangan terbang MAS...so lawatan saya pada tengah hari semalam bnyak stok burung2 yg baru masuk seperti Budgie, English Budgie, Lovebirds, Cockatiels, Indian Ringneck, Lutino ringneck, African grey parrot, Amazon parrot, Sulphur crested cockatoo , Kenari dan bermacam2 lagi lah....kalau ada masa kamurang dtg lah jalan2 tengok sendiri dari harga yg ratus2 sampai yg beribu2 hehehe.. tengok kemampuan kamu  lah untuk memiliki burung idaman hehehehe.... di sini saya setakan beberapa keping gambar sebagai tetapan semua....


sulphur crested cockatoo ni memang manja harga RM3K huhuhu.....





Ahad, 25 September 2011

Update Lovebird Ku...




Koleksi baru love birds kali ni jenis black cheeked yg pernah saya ceritakan tempoh hari...untuk pengetahuan semua terdapat pelbagai jenis warna yg ada pada jenis burung ni. saya sertakan contoh gambar buat rujukan kamu semua....

Stok Budgie For Sale.... ( SOLD OUT )

Lama betul x update blog ni so dipendekan cerita nah ada sudah stok Budgie yg hendak dijual buat masa ni....tidak lah banyak geng ada 20 ekor pelbagai warna yg boleh dipilih...Harga untuk seekor bergantung dgn warna burung tersebut.... sms atau call untuk keterangan lanjut...TQ