Isnin, 26 September 2011

Tempat bertelur....


Kali ni kita cerita pasal Nest Box atau tempat bertelur. Terdapat berbagai2 jenis tempat bertelur digunakan oleh perternak burung... so disini saya ingin berkongsi cerita nest box yg saya gunakan untuk burung2 saya.... Ada 2 jenis sekarang saya gunakan iaitu mengunakan sabut kelapa dan juga Nest Box yg diperbuat dari kepingan playwood...kelapa biasalah gunakan dari jenis kelapa yg tua dan bersaiz besar kalau boleh,supaya ruang bertelur lebih luas sedikit... tempoh pengunaan sabut kelapa bergantung dgn jenis burung. Biasanya lebih kurang 3-4 tahun tempoh hayat kelapa tersebut...Habis kena gigit2 hehehe...
Kelapa yg dibelah dan tempurungnya di buang....

Kelapa yg disambung semula mengunakan dawai....
Nest Box diperbuat dari kepingan playwood atau papan. saiz bergantung dgn jenis burung. Tempoh pengunaan adalah lebih lama berbanding dari sabut kelapa. Saiz pun berbeza dan lebih luas....
Gambar contoh 2.1

Gambar contoh 2.2
Buat masa ini saya mengunakan kedua2 jenis sarang seperti diatas,Jadi terpulang lah pada anda untuk memilih yg mana satu yg sesuai untuk burung2 anda. Selamat mencuba.......

Nest Box Bersaiz 6"x8"x8"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan