Isnin, 26 September 2011

Tempat bertelur....


Kali ni kita cerita pasal Nest Box atau tempat bertelur. Terdapat berbagai2 jenis tempat bertelur digunakan oleh perternak burung... so disini saya ingin berkongsi cerita nest box yg saya gunakan untuk burung2 saya.... Ada 2 jenis sekarang saya gunakan iaitu mengunakan sabut kelapa dan juga Nest Box yg diperbuat dari kepingan playwood...kelapa biasalah gunakan dari jenis kelapa yg tua dan bersaiz besar kalau boleh,supaya ruang bertelur lebih luas sedikit... tempoh pengunaan sabut kelapa bergantung dgn jenis burung. Biasanya lebih kurang 3-4 tahun tempoh hayat kelapa tersebut...Habis kena gigit2 hehehe...
Kelapa yg dibelah dan tempurungnya di buang....

Kelapa yg disambung semula mengunakan dawai....
Nest Box diperbuat dari kepingan playwood atau papan. saiz bergantung dgn jenis burung. Tempoh pengunaan adalah lebih lama berbanding dari sabut kelapa. Saiz pun berbeza dan lebih luas....
Gambar contoh 2.1

Gambar contoh 2.2
Buat masa ini saya mengunakan kedua2 jenis sarang seperti diatas,Jadi terpulang lah pada anda untuk memilih yg mana satu yg sesuai untuk burung2 anda. Selamat mencuba.......

Nest Box Bersaiz 6"x8"x8"

Jalan-jalan kedai burung (Petagas Pet Shop)

Salam 1 Malaysia semua pada pengunjung blog sabahbudgie, Kali ni saya mahu bagi info sikit pada rakan2 kita yg diluar kota kinabalu...terdapat 2 kedai yg menjual burung disekitar bandar kota kinabalu. Kedai burung & ikan Lim yg terletak betul2 dibandar kota kinabalu (Area segama) tingkat 1 betul2 berdepan dgn jalan raya besar. dan yg 1 ni lagi di area kedai pekan petagas taman jumbo berdekatan dgn terminal Lapangan terbang MAS...so lawatan saya pada tengah hari semalam bnyak stok burung2 yg baru masuk seperti Budgie, English Budgie, Lovebirds, Cockatiels, Indian Ringneck, Lutino ringneck, African grey parrot, Amazon parrot, Sulphur crested cockatoo , Kenari dan bermacam2 lagi lah....kalau ada masa kamurang dtg lah jalan2 tengok sendiri dari harga yg ratus2 sampai yg beribu2 hehehe.. tengok kemampuan kamu  lah untuk memiliki burung idaman hehehehe.... di sini saya setakan beberapa keping gambar sebagai tetapan semua....


sulphur crested cockatoo ni memang manja harga RM3K huhuhu.....





Ahad, 25 September 2011

Update Lovebird Ku...




Koleksi baru love birds kali ni jenis black cheeked yg pernah saya ceritakan tempoh hari...untuk pengetahuan semua terdapat pelbagai jenis warna yg ada pada jenis burung ni. saya sertakan contoh gambar buat rujukan kamu semua....

Stok Budgie For Sale.... ( SOLD OUT )

Lama betul x update blog ni so dipendekan cerita nah ada sudah stok Budgie yg hendak dijual buat masa ni....tidak lah banyak geng ada 20 ekor pelbagai warna yg boleh dipilih...Harga untuk seekor bergantung dgn warna burung tersebut.... sms atau call untuk keterangan lanjut...TQ

Isnin, 15 Ogos 2011

Pasangan Lovebirds Baru

Lama betul x update blog ni so dipendekan cerita nah tambah lagi koleksi baru love birds ku kali ni jenis black cheeked… dikatakan jenis LB ni memerlukan lesen khas dari jabatan perhilitan utk menyimpannya. Ini pun saya rujuk dari rakan2 bloger kita di semananjung… punya lah susah mahu ambil gambar pasangan muda ni… bukan x mahu kasi jinak x masa bah….lagi pun saya Cuma mahu breed sepsis burung ni yg semakin hari semakin mahal harganya di pasaran sekarang. mana lah tahu kan ada rezeki nanti hehehe amin….
Selain dari cerita tambahan pasangan burung LB baru aku kali ni ada juga kabar2 angin yg saya dengar dari rakan2 yg mula berminat mahu memlihara budgie.... tapi dikatakan bekalan atau stok budgie d kk ni terhad kamu rang jalan2 lah di pets shop pasti hampa.Harga terkini yg saya dengar dari rakan2 kita yg berjalan di tamu gaya street pada pagi ahad baru2 ni bukan main kecewa.bukan juga harga yg terlalu mahal bah kan stok betul2 terhad....so d pendekan cerita kalau ada rezeki cuba lah kamu plihara betul2 lain kali kita jual sama hehehe........

Sabtu, 13 Ogos 2011

New Budgie Aviary

Selamat berpuasa pada pengunjung2 blog Sabahbudgie. sebelum bulan puasa hari tu saya telah menyiapkan kandang burung budgie saya.maklumlah mahu kasi upgrade sikit2 ja bah.... burung pun mahu juga terbang2 sikit kan so dipendekan cerita saya sertakan link video untuk rakan2 yg mahu upgrade kandang diorang boleh lah buat2 rujukan....

Kandang Burung (Aviary)

  

 
Salam 1 Malaysia dan salam Ramadan semua pada pengunjung blog sabahbudgie… Maaf kerana sudah lama x update blog ni, maklum lah sibuk dgn urusan kerja dan pindah rumah lagi hehehe sewa ja bah….so kali ni saya mahu kongsi tentang pembuatan kandang atau Aviary. So pilihan kandang kali ini saya gunakan besi yg jenis berlubang atau L bar yg warna biru tu bah x tahu apa namanya sudah lupa… harga untuk 1 batang bersaiz 1 ½ inci kali 2 ½ inci ialah Rm 17 sebatang berukuran 10 kaki…. Senang sikit mahu buat berbanding dgn kayu ( mahu ketuk2 lagi ni) Cuma gunakan bolt dan nut saja… oh ya saiz kandang saya buat iaitu tinggi 6 kaki, Lebar 3 kaki dan panjang 7 kaki…..hahahaha biar luas sikit kali ni senang mahu terbang2 dan boleh simpan banyak2 budgie hehehe…..Kandang ni boleh memuatkan 30 hingga 40 pasang kalau mahu tamaha lagi kau fikir sendiri lah hahaha…. Tapi saya x lah begitu tamaha sekadar 20 pasang budgie cukup lah biar luas sikit dan x berebut2….dan sarang yg saya gunakan untuk bertelur pada budgie saya ialah daripada sabut kelapa kerana ianya lebih murah berbanding nest box (mengunakan kayu playwood).so sarang yg ada didalam sangkar saya sebanyak 20biji (sikit ja). Di sini saya sertakan gambar untuk rujukan pengunjung blog sabah budgie……..


Isnin, 9 Mei 2011

Emas 10


Salam semua... kali ni saya nak ceritakan mengenai makanan dan vitamin yg saya berikan pada burung2 kesayangan saya.... biasanya burung yg baru tiba saya akan berikan air yg d campurkan dgn multivitamin Brand Emas10 ni....biasalah kan tu ja aku tgok bagus buat masa ni... lagi pun di sekitar Kota kinabalu memang x bnyak pilihan bah.... so termasuklah dgn sepasang love bird yg baru seminggu dalam jagaan saya.... makanan dia pun dari brand yg sama Emas10 jenis YewMix... banyak kandungan yg ada dalam pek 500gram tapi biasalah kalau mahu jimat tambah lagi lah sendiri tu kuaci dan Pellets hahaha, tapi ingat jgn terlalu banyak kuaci sebab setahu saya love bird ni akan menjadi obsese pada kuaci... mana tahan 500gram  RM7.90... harap2 diorang ni sihat2 dang cepat2 lah bertelur... ohh yah pair ni dikatakan pernah bertelur sekali kata pembekal tu lah,so kita tegok mcm mana nanti tunguuuu.......

Hakirnya dapat juga bah......Love birds atau Agapornis

Salam 1 Malaysia pada pengunjung2 blog Sabah Budgie..... kali ni aku mahu kasi tahu sama kamurang hakirnya nah dapat juga aku sepasang burung Love birds atau Agapornis ni... walaupun x lah berapa lawa dari yg kamurang nampak tempat lain tapi puas hati lah bah juga kan hehehe.... pencarian baka jenis ni mahu2 juga 2bulan, biasal la bah kan kalau kerja makan gaji ni... cukup2 makan ja hahaha.... di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk membuktikan yg aku sudah dapat burung ni hahaha... terima kasih juga lah sama kawan aku CW ni yg banyak berjasa hehehe.....

Ahad, 24 April 2011

Balik Kampung sempat juga rupanya...

Fuhhh penat juga buat kerja2 kebun ni nasib lah ada cuti 3 hari.. kebetulan balik kg di beaufort so teringat pula pada seeorang sahabat ni.. baru juga bah kenal dalam telipon so buat temu janji untuk melawat koleksi dia petang ahad tadi... so x sabar juga lah mahu tengok2 apa jenis burung yg ada dipelihara oleh pemiliknya..... sampai ja terus ja c bro bawa tengok2 keliling rumah beliau, boleh tahan juga 28 pasang budgie yg ada sekarang di sekitar halaman rumah beliau.selain tu biasa lah burung tiong, terkukur jawa,murai batu,arnab, angsa dan yg saya suka betul2 ni spesis burung pergam. 1st time lah aku tgok burung ni tgok mula2 fikir merpati.. tapi tgok betul2 lain sikit pula... saiz besar juga lah tapi tidak jual ni dia cakap bikin buat baka hahaha....di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk kamurang tengok2....

 # Gelagat2 budgie betina pada petang tadi....macam-macam lah...

# Kandang yg di gunakan untuk pembiakan oleh En.Masdar buat masa in menempatkan 28 Pasang Burung Budgie....




 # Burung Pergam hijau atau Ducula aenea mempunyai habitat di hutan. Burung kerabat merpati itu berasal dari Asia selatan, yaitu dari India Timur sampai Indonesia. Telur burung pergam hijau atau green imperial pigeon mempunyai cangkang yang keras



Rabu, 20 April 2011

Tulang sotong


Tulang sotong atau org putih cakap Cuttlebone hehehe.. Tulang sotong ni kaya dengan sumber kalsium, sodium klorida, kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi ketahanan kepada burung dalam menguatkan tulang, pembentukan kulit telur serta membantu tumbesaran anak2 budgie(macam Iklan Susu Kan hahaha).Bukan orang ja mahu kalsium burung pun mahu bah.. Jika kekurangan sumber utama kalsium dan karbonat ini boleh menyebabkan budgie menjadi lembik dan tumbesaran terbantut. Selain tulang sotong mineral block atau kiub kalsium khas untuk burung boleh juga digunakan tapi di sekitar kota kinabalu ni mcm tiada aku nampak bejual di kedai2 burung..... Biasanya saya dapatkan tulang2 sotong ni dari pada kawan2 atau pun beli ja di kedai burung yg berdekatan hehehe.... Selamat mencuba....

Kangkung.....

Salam semua....


Kali ini saya ingin berkongsi bersama2 kamurang pasal Kangkung. Kangkung adalah sejenis sayuran yg boleh menjadi salah satu sumber makanan tambahan kepada budgie kita.
Semua jenis kangkung boleh kita kasi kepada mereka mahu pun dari pasar atau pun dalam parit hehehe....dan kaedah penyediaan cukup senang. Khasiatnya pula dapat membantu dalam penyerapan Vitamin dan mineral ke dalam badan mereka.

Kangkung selalunya saya beli dari pasar dan kalau boleh ambil yang paling Freesh. Tapi ingat kasi rendam dulu itu sayur mana lah tahu ada ubat atau Racun yg di gunakan hehehehe. Selepas cuci bersih2 menggunakan air paip, barulah saya bagi kepada mereka. Dalam seminggu sekali kita bagi sudah cukup dan ternyata mereka  semua suka .....


Intai2 bah si kawan...
Nah kan Suka. Punya Sadapppp hahaha...

Isnin, 18 April 2011

Pencarian Baka Lovebirds (Agapornis)

Salam pada pengunjung....
Selain minat memilihara burung budgie ada beberapa lagi specis burung yang ingin dijadikan koleksi peribadi saya. Seperti dari keluarga parrot bersaiz kecil ini iaitu Love birds atau Agapornis. Saiz badan lebih kurang 13-17cm dan berat badan lebih kurag 40-60gram. Kepelbagaian warna yang menarik tu yg menyebabkan saya berminat untuk mencuba membaka burung jenis ini. Ada juga nampak hari tu dikedai2 burung sekitar Kota Kinabalu,dan memandagkan harga yang mahal terpaksa lah dulu tanguhkan hajat untuk memiliki burung jenis ni.Semoga pencarian saya pada kali ini berjaya utk memiliki si Love bird ni....... Amin






# Gambar ni cuma sebagai rujukan pengunjug blog Sabah Budgie.....

Santai....



Salam Semua Pengunjung2 Blog Sabah Budgie....
Tadi petang balik dari kerja terus tgok sangkar budgie. So sambil2 tu layan tgok kelakuan Budgie dalam cage kena pula layan teh dan kuih dgn anak, syukur semua ke14 ekor budgie saya masih sihat semuanya.... tukar air, tambah makanan dan bagi tulang sotong yg baru dapat semalam dari rakan saya....biasa lah tebiat budgie ni lama juga lah baru diorg ni mahu gigit2 tulang sotong tu....

Selasa, 5 April 2011

Pencarian Bakat Baru Bermula....

Salam Semua.....
Bisa lah bah kan kalau sudah awal bulan mcm ni apa lagi jalan2 cari baka budgie lah.... so cari punya cari dapat sudah 10 ekor budgie terdiri dari warna kuning hijau dan biru putih..... 3 hari sudah dlam jagaan saya buat masa ni.... syukur semua masih ok ja tu harap2 kali ni tiada masalah yg akan datg....

Sabtu, 26 Mac 2011

Kenangan setahun yg lalu....





Cari-cari gambar lama jumpa pula gambar tahun lepas mula2 membiak burung budgie biasa dan english budgie ni.... disebabkan masalah keranga banyak burung2 saya yg mati, so terpaksa lah jual sama kawan2 yg berminat pada masa tu..... tahun ni bila nak start balik ada juga tengok2 dekat kedai2 burung.... aduhhhi mahal lah pulak sudah harganya baru ja 1 tahun tidak main sudah naik harga.... terkena lagi jumpa 1 kawan ni mahu bawa sama2 biak baka jenis ni bah ngam apa lagi harap2 jadi lah projek kali ni......

Lutino & Albino

Lutino & Albino


Budgie ini cuma mempunyai 2 jenis warna asas sahaja sama ada putih atau kuning. Lutino berwarna kuning dan Albino berwarna putih. Mudah untuk dikenalpasti pada matanya yang bewarna merah.Ramai juga peminat2 yg suka dengan warna ni.....
Bagi pendapat saya, Saya lebih gemarkan warna Lutino hehehehe