Ahad, 24 April 2011

Balik Kampung sempat juga rupanya...

Fuhhh penat juga buat kerja2 kebun ni nasib lah ada cuti 3 hari.. kebetulan balik kg di beaufort so teringat pula pada seeorang sahabat ni.. baru juga bah kenal dalam telipon so buat temu janji untuk melawat koleksi dia petang ahad tadi... so x sabar juga lah mahu tengok2 apa jenis burung yg ada dipelihara oleh pemiliknya..... sampai ja terus ja c bro bawa tengok2 keliling rumah beliau, boleh tahan juga 28 pasang budgie yg ada sekarang di sekitar halaman rumah beliau.selain tu biasa lah burung tiong, terkukur jawa,murai batu,arnab, angsa dan yg saya suka betul2 ni spesis burung pergam. 1st time lah aku tgok burung ni tgok mula2 fikir merpati.. tapi tgok betul2 lain sikit pula... saiz besar juga lah tapi tidak jual ni dia cakap bikin buat baka hahaha....di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk kamurang tengok2....

 # Gelagat2 budgie betina pada petang tadi....macam-macam lah...

# Kandang yg di gunakan untuk pembiakan oleh En.Masdar buat masa in menempatkan 28 Pasang Burung Budgie....




 # Burung Pergam hijau atau Ducula aenea mempunyai habitat di hutan. Burung kerabat merpati itu berasal dari Asia selatan, yaitu dari India Timur sampai Indonesia. Telur burung pergam hijau atau green imperial pigeon mempunyai cangkang yang keras



Rabu, 20 April 2011

Tulang sotong


Tulang sotong atau org putih cakap Cuttlebone hehehe.. Tulang sotong ni kaya dengan sumber kalsium, sodium klorida, kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi ketahanan kepada burung dalam menguatkan tulang, pembentukan kulit telur serta membantu tumbesaran anak2 budgie(macam Iklan Susu Kan hahaha).Bukan orang ja mahu kalsium burung pun mahu bah.. Jika kekurangan sumber utama kalsium dan karbonat ini boleh menyebabkan budgie menjadi lembik dan tumbesaran terbantut. Selain tulang sotong mineral block atau kiub kalsium khas untuk burung boleh juga digunakan tapi di sekitar kota kinabalu ni mcm tiada aku nampak bejual di kedai2 burung..... Biasanya saya dapatkan tulang2 sotong ni dari pada kawan2 atau pun beli ja di kedai burung yg berdekatan hehehe.... Selamat mencuba....

Kangkung.....

Salam semua....


Kali ini saya ingin berkongsi bersama2 kamurang pasal Kangkung. Kangkung adalah sejenis sayuran yg boleh menjadi salah satu sumber makanan tambahan kepada budgie kita.
Semua jenis kangkung boleh kita kasi kepada mereka mahu pun dari pasar atau pun dalam parit hehehe....dan kaedah penyediaan cukup senang. Khasiatnya pula dapat membantu dalam penyerapan Vitamin dan mineral ke dalam badan mereka.

Kangkung selalunya saya beli dari pasar dan kalau boleh ambil yang paling Freesh. Tapi ingat kasi rendam dulu itu sayur mana lah tahu ada ubat atau Racun yg di gunakan hehehehe. Selepas cuci bersih2 menggunakan air paip, barulah saya bagi kepada mereka. Dalam seminggu sekali kita bagi sudah cukup dan ternyata mereka  semua suka .....


Intai2 bah si kawan...
Nah kan Suka. Punya Sadapppp hahaha...

Isnin, 18 April 2011

Pencarian Baka Lovebirds (Agapornis)

Salam pada pengunjung....
Selain minat memilihara burung budgie ada beberapa lagi specis burung yang ingin dijadikan koleksi peribadi saya. Seperti dari keluarga parrot bersaiz kecil ini iaitu Love birds atau Agapornis. Saiz badan lebih kurang 13-17cm dan berat badan lebih kurag 40-60gram. Kepelbagaian warna yang menarik tu yg menyebabkan saya berminat untuk mencuba membaka burung jenis ini. Ada juga nampak hari tu dikedai2 burung sekitar Kota Kinabalu,dan memandagkan harga yang mahal terpaksa lah dulu tanguhkan hajat untuk memiliki burung jenis ni.Semoga pencarian saya pada kali ini berjaya utk memiliki si Love bird ni....... Amin






# Gambar ni cuma sebagai rujukan pengunjug blog Sabah Budgie.....

Santai....



Salam Semua Pengunjung2 Blog Sabah Budgie....
Tadi petang balik dari kerja terus tgok sangkar budgie. So sambil2 tu layan tgok kelakuan Budgie dalam cage kena pula layan teh dan kuih dgn anak, syukur semua ke14 ekor budgie saya masih sihat semuanya.... tukar air, tambah makanan dan bagi tulang sotong yg baru dapat semalam dari rakan saya....biasa lah tebiat budgie ni lama juga lah baru diorg ni mahu gigit2 tulang sotong tu....

Selasa, 5 April 2011

Pencarian Bakat Baru Bermula....

Salam Semua.....
Bisa lah bah kan kalau sudah awal bulan mcm ni apa lagi jalan2 cari baka budgie lah.... so cari punya cari dapat sudah 10 ekor budgie terdiri dari warna kuning hijau dan biru putih..... 3 hari sudah dlam jagaan saya buat masa ni.... syukur semua masih ok ja tu harap2 kali ni tiada masalah yg akan datg....