Rabu, 20 April 2011

Tulang sotong


Tulang sotong atau org putih cakap Cuttlebone hehehe.. Tulang sotong ni kaya dengan sumber kalsium, sodium klorida, kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi ketahanan kepada burung dalam menguatkan tulang, pembentukan kulit telur serta membantu tumbesaran anak2 budgie(macam Iklan Susu Kan hahaha).Bukan orang ja mahu kalsium burung pun mahu bah.. Jika kekurangan sumber utama kalsium dan karbonat ini boleh menyebabkan budgie menjadi lembik dan tumbesaran terbantut. Selain tulang sotong mineral block atau kiub kalsium khas untuk burung boleh juga digunakan tapi di sekitar kota kinabalu ni mcm tiada aku nampak bejual di kedai2 burung..... Biasanya saya dapatkan tulang2 sotong ni dari pada kawan2 atau pun beli ja di kedai burung yg berdekatan hehehe.... Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan