Ini kali lah fikir punya fikir malas lah guna sabut kelapa untuk sarang, So buat lah Nest box guna Playwood bersaiz 9mm ketebalanya.... NestBox ni berukuran 8"x6"x6" di gunakan untuk sarang Budgie dan Love birds....So rakan2 yg berminat utk mencuba boleh lah buat plan2 bah....
Tujuan Blog ini saya wujudkan untuk memperkenalkan penternak kecil-kecilan burung budgie dari seluruh pelusuk negeri Sabah kepada umum. Serta berkongsi cerita dan ilmu pada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi bidang perternakan burung-burung hiasan....
Rabu, 7 Mac 2012
Selasa, 6 Mac 2012
New Pair Love birds
Syukur pada tuhan,Pada awal tahun naga kali ni menambah lagi 2 pair love bird jenis masked Cobalt,Cobalt Violet dan Black Cheeked Dark Green untuk koleksi sabahbudgie di harap banyak lagi rezeki dihari yg akan datang.....Amin....
Tahun Baru 2012
Salam 1malaysia pada pengunjung2 blog sabahbudgie, Maaf kerna lama x update blog. So kali ni saya nak umum kan projek baru 2012. Kandang berukuran 21x8x8 yg menempatkan 2 blok kandang di bawah 1 bumbung hehehe,,, bukan apa saja ja mahu meningkatkan keselamatan burung2 kesayangan kita dari binatang2 pengacau dan terutamanya pencuri.... sedia kan payung sebelum hujan,, masih dalam proses akhir di harap hujung bulan ni boleh lah digunakan...
Isnin, 26 September 2011
Tempat bertelur....
| Kelapa yg dibelah dan tempurungnya di buang.... |
| Kelapa yg disambung semula mengunakan dawai.... |
![]() |
| Gambar contoh 2.1 |
![]() |
| Gambar contoh 2.2 |
| Nest Box Bersaiz 6"x8"x8" |
Jalan-jalan kedai burung (Petagas Pet Shop)
Salam 1 Malaysia semua pada pengunjung blog sabahbudgie, Kali ni saya mahu bagi info sikit pada rakan2 kita yg diluar kota kinabalu...terdapat 2 kedai yg menjual burung disekitar bandar kota kinabalu. Kedai burung & ikan Lim yg terletak betul2 dibandar kota kinabalu (Area segama) tingkat 1 betul2 berdepan dgn jalan raya besar. dan yg 1 ni lagi di area kedai pekan petagas taman jumbo berdekatan dgn terminal Lapangan terbang MAS...so lawatan saya pada tengah hari semalam bnyak stok burung2 yg baru masuk seperti Budgie, English Budgie, Lovebirds, Cockatiels, Indian Ringneck, Lutino ringneck, African grey parrot, Amazon parrot, Sulphur crested cockatoo , Kenari dan bermacam2 lagi lah....kalau ada masa kamurang dtg lah jalan2 tengok sendiri dari harga yg ratus2 sampai yg beribu2 hehehe.. tengok kemampuan kamu lah untuk memiliki burung idaman hehehehe.... di sini saya setakan beberapa keping gambar sebagai tetapan semua....
| sulphur crested cockatoo ni memang manja harga RM3K huhuhu..... |
Ahad, 25 September 2011
Update Lovebird Ku...
Stok Budgie For Sale.... ( SOLD OUT )
Lama betul x update blog ni so dipendekan cerita nah ada sudah stok Budgie yg hendak dijual buat masa ni....tidak lah banyak geng ada 20 ekor pelbagai warna yg boleh dipilih...Harga untuk seekor bergantung dgn warna burung tersebut.... sms atau call untuk keterangan lanjut...TQ
Isnin, 15 Ogos 2011
Pasangan Lovebirds Baru
Lama betul x update blog ni so dipendekan cerita nah tambah lagi koleksi baru love birds ku kali ni jenis black cheeked… dikatakan jenis LB ni memerlukan lesen khas dari jabatan perhilitan utk menyimpannya. Ini pun saya rujuk dari rakan2 bloger kita di semananjung… punya lah susah mahu ambil gambar pasangan muda ni… bukan x mahu kasi jinak x masa bah….lagi pun saya Cuma mahu breed sepsis burung ni yg semakin hari semakin mahal harganya di pasaran sekarang. mana lah tahu kan ada rezeki nanti hehehe amin….
Selain dari cerita tambahan pasangan burung LB baru aku kali ni ada juga kabar2 angin yg saya dengar dari rakan2 yg mula berminat mahu memlihara budgie.... tapi dikatakan bekalan atau stok budgie d kk ni terhad kamu rang jalan2 lah di pets shop pasti hampa.Harga terkini yg saya dengar dari rakan2 kita yg berjalan di tamu gaya street pada pagi ahad baru2 ni bukan main kecewa.bukan juga harga yg terlalu mahal bah kan stok betul2 terhad....so d pendekan cerita kalau ada rezeki cuba lah kamu plihara betul2 lain kali kita jual sama hehehe........
Sabtu, 13 Ogos 2011
New Budgie Aviary
Selamat berpuasa pada pengunjung2 blog Sabahbudgie. sebelum bulan puasa hari tu saya telah menyiapkan kandang burung budgie saya.maklumlah mahu kasi upgrade sikit2 ja bah.... burung pun mahu juga terbang2 sikit kan so dipendekan cerita saya sertakan link video untuk rakan2 yg mahu upgrade kandang diorang boleh lah buat2 rujukan....
Kandang Burung (Aviary)
Salam 1 Malaysia dan salam Ramadan semua pada pengunjung blog sabahbudgie… Maaf kerana sudah lama x update blog ni, maklum lah sibuk dgn urusan kerja dan pindah rumah lagi hehehe sewa ja bah….so kali ni saya mahu kongsi tentang pembuatan kandang atau Aviary. So pilihan kandang kali ini saya gunakan besi yg jenis berlubang atau L bar yg warna biru tu bah x tahu apa namanya sudah lupa… harga untuk 1 batang bersaiz 1 ½ inci kali 2 ½ inci ialah Rm 17 sebatang berukuran 10 kaki…. Senang sikit mahu buat berbanding dgn kayu ( mahu ketuk2 lagi ni) Cuma gunakan bolt dan nut saja… oh ya saiz kandang saya buat iaitu tinggi 6 kaki, Lebar 3 kaki dan panjang 7 kaki…..hahahaha biar luas sikit kali ni senang mahu terbang2 dan boleh simpan banyak2 budgie hehehe…..Kandang ni boleh memuatkan 30 hingga 40 pasang kalau mahu tamaha lagi kau fikir sendiri lah hahaha…. Tapi saya x lah begitu tamaha sekadar 20 pasang budgie cukup lah biar luas sikit dan x berebut2….dan sarang yg saya gunakan untuk bertelur pada budgie saya ialah daripada sabut kelapa kerana ianya lebih murah berbanding nest box (mengunakan kayu playwood).so sarang yg ada didalam sangkar saya sebanyak 20biji (sikit ja). Di sini saya sertakan gambar untuk rujukan pengunjung blog sabah budgie……..
Isnin, 9 Mei 2011
Emas 10
Salam semua... kali ni saya nak ceritakan mengenai makanan dan vitamin yg saya berikan pada burung2 kesayangan saya.... biasanya burung yg baru tiba saya akan berikan air yg d campurkan dgn multivitamin Brand Emas10 ni....biasalah kan tu ja aku tgok bagus buat masa ni... lagi pun di sekitar Kota kinabalu memang x bnyak pilihan bah.... so termasuklah dgn sepasang love bird yg baru seminggu dalam jagaan saya.... makanan dia pun dari brand yg sama Emas10 jenis YewMix... banyak kandungan yg ada dalam pek 500gram tapi biasalah kalau mahu jimat tambah lagi lah sendiri tu kuaci dan Pellets hahaha, tapi ingat jgn terlalu banyak kuaci sebab setahu saya love bird ni akan menjadi obsese pada kuaci... mana tahan 500gram RM7.90... harap2 diorang ni sihat2 dang cepat2 lah bertelur... ohh yah pair ni dikatakan pernah bertelur sekali kata pembekal tu lah,so kita tegok mcm mana nanti tunguuuu.......
Hakirnya dapat juga bah......Love birds atau Agapornis
Salam 1 Malaysia pada pengunjung2 blog Sabah Budgie..... kali ni aku mahu kasi tahu sama kamurang hakirnya nah dapat juga aku sepasang burung Love birds atau Agapornis ni... walaupun x lah berapa lawa dari yg kamurang nampak tempat lain tapi puas hati lah bah juga kan hehehe.... pencarian baka jenis ni mahu2 juga 2bulan, biasal la bah kan kalau kerja makan gaji ni... cukup2 makan ja hahaha.... di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk membuktikan yg aku sudah dapat burung ni hahaha... terima kasih juga lah sama kawan aku CW ni yg banyak berjasa hehehe.....
Ahad, 24 April 2011
Balik Kampung sempat juga rupanya...
# Kandang yg di gunakan untuk pembiakan oleh En.Masdar buat masa in menempatkan 28 Pasang Burung Budgie....
# Burung Pergam hijau atau Ducula aenea mempunyai habitat di hutan. Burung kerabat merpati itu berasal dari Asia selatan, yaitu dari India Timur sampai Indonesia. Telur burung pergam hijau atau green imperial pigeon mempunyai cangkang yang keras
Rabu, 20 April 2011
Tulang sotong
Tulang sotong atau org putih cakap Cuttlebone hehehe.. Tulang sotong ni kaya dengan sumber kalsium, sodium klorida, kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi ketahanan kepada burung dalam menguatkan tulang, pembentukan kulit telur serta membantu tumbesaran anak2 budgie(macam Iklan Susu Kan hahaha).Bukan orang ja mahu kalsium burung pun mahu bah.. Jika kekurangan sumber utama kalsium dan karbonat ini boleh menyebabkan budgie menjadi lembik dan tumbesaran terbantut. Selain tulang sotong mineral block atau kiub kalsium khas untuk burung boleh juga digunakan tapi di sekitar kota kinabalu ni mcm tiada aku nampak bejual di kedai2 burung..... Biasanya saya dapatkan tulang2 sotong ni dari pada kawan2 atau pun beli ja di kedai burung yg berdekatan hehehe.... Selamat mencuba....
Kangkung.....
Salam semua....
Kali ini saya ingin berkongsi bersama2 kamurang pasal Kangkung. Kangkung adalah sejenis sayuran yg boleh menjadi salah satu sumber makanan tambahan kepada budgie kita.
Semua jenis kangkung boleh kita kasi kepada mereka mahu pun dari pasar atau pun dalam parit hehehe....dan kaedah penyediaan cukup senang. Khasiatnya pula dapat membantu dalam penyerapan Vitamin dan mineral ke dalam badan mereka.
Kangkung selalunya saya beli dari pasar dan kalau boleh ambil yang paling Freesh. Tapi ingat kasi rendam dulu itu sayur mana lah tahu ada ubat atau Racun yg di gunakan hehehehe. Selepas cuci bersih2 menggunakan air paip, barulah saya bagi kepada mereka. Dalam seminggu sekali kita bagi sudah cukup dan ternyata mereka semua suka .....
Semua jenis kangkung boleh kita kasi kepada mereka mahu pun dari pasar atau pun dalam parit hehehe....dan kaedah penyediaan cukup senang. Khasiatnya pula dapat membantu dalam penyerapan Vitamin dan mineral ke dalam badan mereka.
Kangkung selalunya saya beli dari pasar dan kalau boleh ambil yang paling Freesh. Tapi ingat kasi rendam dulu itu sayur mana lah tahu ada ubat atau Racun yg di gunakan hehehehe. Selepas cuci bersih2 menggunakan air paip, barulah saya bagi kepada mereka. Dalam seminggu sekali kita bagi sudah cukup dan ternyata mereka semua suka .....
| Intai2 bah si kawan... |
| Nah kan Suka. Punya Sadapppp hahaha... |
Isnin, 18 April 2011
Pencarian Baka Lovebirds (Agapornis)
Salam pada pengunjung....
Selain minat memilihara burung budgie ada beberapa lagi specis burung yang ingin dijadikan koleksi peribadi saya. Seperti dari keluarga parrot bersaiz kecil ini iaitu Love birds atau Agapornis. Saiz badan lebih kurang 13-17cm dan berat badan lebih kurag 40-60gram. Kepelbagaian warna yang menarik tu yg menyebabkan saya berminat untuk mencuba membaka burung jenis ini. Ada juga nampak hari tu dikedai2 burung sekitar Kota Kinabalu,dan memandagkan harga yang mahal terpaksa lah dulu tanguhkan hajat untuk memiliki burung jenis ni.Semoga pencarian saya pada kali ini berjaya utk memiliki si Love bird ni....... Amin

# Gambar ni cuma sebagai rujukan pengunjug blog Sabah Budgie.....
Langgan:
Catatan (Atom)








